Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, 16 October 2011

Kata-kata hikmah dr Murabbi Agong




Wasiat dan Nasihat dari
Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz bin Syekh Abubakar...

~Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaraamu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat darjatmu di sisi Allah.
~Barangsiapa semakin mengenal kepada Allah nescaya akan semakin takut.

~Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

~Barangsiapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

~Barangsiapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barangsiapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

~Kedekatan seseorang dengan para Nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

~Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada 'ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

~Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.

~Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

~Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.

~Barangsiapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.

~Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.

~Penyatuan seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain Allah)

~Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.

~Barangsiapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.

~Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

~Beliau r.a. berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi da'ei dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

~Syaitan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasihNya.

~Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.

~Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.

~Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Khaliq.

~Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.

~Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.

~Tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).

~Barangsiapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.

~Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

~Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

Memohon Sumbangan Untuk Al-Faqir



Mohd Zul Azwan Bin Abdullah,

Darul Mustafa Liddirasatil Islamiah,
Aideed Tareem,
P.O. BOX 58049 Hadramout,
Republik Yaman.


Kepada,                                                                                                                   

Pihak-pihak yang berkenaan.                                                                                          

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MENAMPUNG KOS PENGAJIAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Mohd Zul Azwan Bin Abdullah (nombor kad pengenalan 860409-02-5335/ nombor pasport antarabangsa A22465322) adalah pelajar lepasan Maktab Mahmud Alor Star (batch STAM 2004) yang sedang melanjutkan pengajian di Pusat Pengajian Darul Mustafa, Tareem, Hadramout, Yaman.

3. Sehubungan itu, saya ingin memohon jasa baik pihak tuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada saya bagi menampung kos pengajian dan perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian saya yang masih berbaki beberapa tahun lagi.

4. Bersama surat ini saya sertakan kos perbelanjaan tersebut dan segala sumbangan daripada pihak tuan bolehlah dimasukkan ke dalam akaun seperti yang dilampirkan.

5. Segala kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan saya ucapkan JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA dan saya doakan semoga Allah S.W.T memberkati kehidupan tuan di dunia dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,
……………………………………………..
(MOHD ZUL AZWAN BIN ABDULLAH)

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN SEPANJANG TEMPOH PENGAJIAN

BIL    PERKARA                                        KOS ANGGARAN                          JUMLAH

1        Tiket penerbangan pergi-balik             RM4000                                            RM 4000

2        Kitab pengajian                                  RM700 x 2 tahun                                RM 1400

3        Visa                                                   RM150 x 2 tahun                                RM 300

4        Kos sara hidup                            RM 700 sebulan x 12 bulan x 2 tahun      RM16800

5        Peralatan tempat tinggal                     RM2000                                              RM 2000


JUMLAH BESAR                                                                                                   RM24500

No. Akaun Wadiah Bank Islam : 02-105-02-006109-1

No. Akaun CIMB : 0209-0005117-20-2

Penama Akaun : Mohd Zul Azwan Bin Abdullah

Maklumat tambahan :-

MOHD ZUL AZWAN BIN ABDULLAH,
NO. 50 KG. PAYA RAWA, MUKIM TOBIAR,
06700 PENDANG, KEDAH DARUL AMAN.

No. Tel : 013-3284320
No. Tel Waris (Kakak) : 019-5215040
No. Tel di Yaman : +967713497549

Emel :
 firstgen_darmustofa@yahoo.com
Facebook : zul azwan adnan Abdullah

PENGENALAN DARUL MUSTAFA LIDDIRASAT ISLAMIAH TARIM, HADRAMAUT, YAMAN (ILMU/SULUK/DAKWAH)

Logo Rasmi Dar Mustafa, Yaman



Pengasas

Darul Mustafa diasaskan oleh :-

1. Al Habib Ali Mashur bin Muhammad bin Salim bin Haifidz
2. Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz

Pengasas Dar Mustafa : (kiri) Al Habib Umar, (kanan) Al Habib Ali Masyhur
Penubuhan

Darul Mustafa ditubuhkan pada Syawal tahun 1414 Hijrah dan dirasmikan pada hari Selasa 29 Zulhijjah tahun 1417 Hijrah.


Tujuan Dan Matlamat

Penubuhan Darul Mustafa adalah beteraskan 3 matlamat utama :-

1) ILMU - Penguasaan dalam ilmu-ilmu syariah dengan kaedah talaqqi daripada syeikh-syeikh yang mempunyai sanad bersambung kepada Imam Mazhab yang berakhir sanad mereka kepada sumber yang mulia NAbi Muhammad S.A.W

2) SULUK - Penyucian jiwa dan insaniah dengan cara mujahatunnafs,bersifat dengan akhlak yang mulia
Serta beramal dengan azkar yang ma’thur & sunnah Rasulullah S.A.W kea rah mendekatkan diri kepada Allah AWT.

3) DAKWAH – Penyebaran dakwah ke jalan Allah SWT dengan memperkenalkan Agama Islam dan Sunnah Nabi S.A.W disamping menyatukan kaum muslimin, bersangka baik, dan sabar menghadapi kesusahan seta mempunyai pendirian yang kuat.

Sistem Pembelajaran Dan Program-Program

1. Manhaj Dirasi dan program-program yang dijalankan di Darul Mustafa adalah seperti berikut:-
1) MANHAJ DIRASI
Terbahagi kepada 4 peringkat :-
i) Ibtida’I : di Negara masing-masing melalui cawangan-cawangan di Negara tersebut ang telah ditetapkan oleh Darul Mustafa
ii) I’dadi : di cawangan Darul Mustafa di Hadramout ( 2 tahun )
2. Pembentukan akhlak :
i) Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W dan mempunyai akhlak yang mulia.
ii) Membaca azkar dan aurad dalam khulasah Mahad An-nabawi pada waktu yang ditetapkan.
iii) Qiamullail dan Takbiratul ihram ma’al imam.
iv) Puasa 3 hari setiap bulan pada Ayyamil Baidh (13,14 dan 15 haribulan hijri )
v) Sedekah sekadar kemampuan
3. Penyeberan Dakwah :-
i) Mewajibkan pelajar keluar Dakwah Mingguan bermula pagi Khamis sehingga selepas solat Jumaat mengikut giliran.
ii) Menziarahi para ulama’ , tempat-tempat bersejarah, masjid-masjid dan maqam-maqam para aulia’.
iii) Menghadiri majlis-majlis maulid,ziarah maqam-maqam alulia’, Haul-haul ulama yang diadakan pada waktu tertentu.

Syarat-Syarat Penerimaan Pelajar

1. Mampu memahami & berkomunikasi dengan Bahasa Arab serta mampu membaca & menulis dengan baik.
2. Hendaklah mematuhi semua undang-undang Darul Mustafa dan juga undang-undang dalaman Darul Mustafa.
3. Membetulkan niat untuk berkhidmat kepada Agama Islam dan seluruh muslimin serta berdakwah kepada kebenaran setelah tamat belajar.
4. Membawa segala dokumen-dokumen dan sijil peljaran agama.
5. Kedatangan ke Darul Mustafa hendaklah melalui pihak perwakilan yang telah ditentukan oleh Darul Mustafa (jika ada).
6. Hendaklah berumur melebihi 18 tahun.
7. Bagi pelajar yang ingin terus peringkat I’dadi hendaklah pernah belajar kitab-kitab seperti yang ditetapkan diperingkat Ibtida’i. Begitu juga pelajar yang ingin terus memasuki peringkat Thanawi & Jami’ah, hendaklah pernah belajar kitab-kitab yang telah ditetapkan diperingkat I’dadi & Thanawi.
8. Telah lulus ujian penerimaan pelajar baru yang dijalankan di Darul Mustafa.
9. Hendaklah datang ke Darul Mustafa ketika tempoh penerimaan pelajar baru iaitu di pertengahan akhir bulan Rejab hingga pertengahan awal bulan syaaban setiap tahun.
10. Hendaklah melalui pemeriksaaan perubatan semasa kedatangan sebagai jaminan selamat dari penyakit yang berbahaya.
11. Membayar yuran-yuran yang ditetapkan :-

i) Yuran makan : RY2500 (USD12.5)
setiap bulan
ii) Visa untuk tahun pertama : USD35
iii) Pembaharuan visa untuk : USD19.25
setiap tahun.
iv) Wang jaminan pulang : USD470

Kemudahan Dan Prasarana

1. Asrama : Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin, katil, almari, meja belajar dan lain-lain.
2. Perpustakaan
3. Klinik
4. Bilik Tetamu
5. Kedai buku
6. Kantin
7. Kedai runcit
8. Perkhimatan teleon
9. Pengurup wang
10. Dan lain-lain


Alamat

DARUL MUSTAFA LIDDIRASAT ISLAMIAH,
P.O BOX 58049, AIDEED,
TAREEM,
YEMEN.

No Tel 00967 5 417888 / 417880
No Fax 00967 5 417886 / 417883 / 417792
Email dar_almustafa@hotmail.com
Laman web www.daramustafa.com

Thursday, 6 October 2011

RISALAH DARUL MUSTAFA....



Takrif ( 3 maksud ) Dar Al Mustofa

1.       ilmu
menyampaikan maklumat yang shohih pada ilmu syariat melalui sanad sehingga nabi SAW keterangan yang disampaikan oleh Allah dan Rasulnya.

2.       Suluk
Bebas daripada sifat-sifat yang kej...i dan menyuburkan sifat-sifat yang baik dengan penghayatan, bersungguh-sungguh dan benar. Mempelajari dan mengamalkan kehendak Allah pada diri.

3.       Dakwah
Usaha yang luas dalam menyampaikan makhluk kepada Allah dengan sunnah nabawi. Mengerahkan fikiran untuk membebaskan manusia daripada jauh dan lain dengan Allah Taala kepada dekat dan ingat Allah Taala dengan bermacam-macam cara dan berbeza-beza sebab, dan semua usaha ini adalah ikhlas kerana Allah Taala semata-mata.  

Sifat yang dikehendaki pada penuntut yang berada didalam Dar Al Mustofa

1.       Hendaklah ia menjadi ikutan

2.       Mampu untuk menyebarkan manhaj ini

3.       Bersungguh-sungguh mengikut manhaj ini

4.       Berkemampuan untuk membina syahksiah diri dan masyarakat sekelilingnya.